Skip to main content

Zakat Emas l Mengikut negeri l Zakat Emas Labur Saham Akhirat


Zakat Emas Dan Perak
Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telahgold2 Zakat Emas l Mengikut negeri l Zakat Emas Labur Saham Akhirat mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
Kenapa Di Kenakan Zakat ?Sebagaimana di ketahui umum ,sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,pada pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain
Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.”
(Surah at-Taubah : 34 & 35)
Hadith Riwayat Mulim maksudnya:
“Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya,melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya.”

Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas
:-

1. Islam pemiliknya.
2. Cukup nisab.
3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.
4. Milik yang sempurna.

Pembahagian Zakat Emas
bahagianemas Zakat Emas l Mengikut negeri l Zakat Emas Labur Saham Akhirat
Nisab Zakat EmasSabda Rasullullah S.A.W. :
“Tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh misqal dan tidak wajib zakat pada perak yang kurang daripada dua ratus dirham.”

Peringatan
Ijmak Ulama’ mengatakan kaum lelaki haram memakai barang kemas sekalipun dalam bentuk yang kecil jika cukup syarat-syarat zakat maka diwajibkan zakatnya.Walaupun perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat.Begitu juga diwajibkan zakat ke atas perkakasan dan peralatan,perkhidmatan,perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.
ZAKAT EMAS SIMPANAN
Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.
Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.
Contoh Kiraan:
Sekiranya anda memliki emas yang disimpan sebanyak 85gm.Nilai semasa emas ialah RM120.08 (Ogos 2010) bagi satu gram.
Nilai emas = 85gm x RM 120.08= RM 10,206.80
Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17ZAKAT EMAS PERHIASAN
Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.
Kaedah Kiraanya Ialah:-
Sekiranya anda memiliki dan memakai 170gm atau lebih emas perhiasan anda wajib membayar zakat.
Contoh Kiraan :Memiliki emas perhiasan = 170 gm
Had kebiasan perhiasan (yang dikecualikan zakat) =
85gmBaki yang dikenakan zakat = 85gm
Harga emas = 85gm x RM 120.08= RM 10,206.80
Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5% = RM 255.17


Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak
Ijma’ ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.Pengiraan zakat perak berdasarkan nilai barang perak samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak ( di simpan sebagai perhiasan di rumah).
Dalil zakat perak Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”. (Riwayat Muslim)

Maksudnya:
“Pada perak (zakatnya) 1/40…”. (Riwayat Al-Bukhari )
Contoh Kiraan:
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)
Kadar zakat = 2.5%Harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat yang wajib di bayar= 1,000 gm x 0.62x 2.5%= RM 15.50

Contoh Kalkulator zakat untuk emas dan perak
zakat+pic Zakat Emas l Mengikut negeri l Zakat Emas Labur Saham Akhirat
Info/Kalkulator Zakat Emas Mengikut Negeri
 
Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement
 

Comments

Popular posts from this blog

Kahwin Guna Dinar UNTUNG : M.Nasir & Marlia Musa Hantaran Dinar Emas

Dengan Hantaran RM 2 RIBU dah jadi RM 11323 sekarang… Kaya kaya kaya! Pengakuan Marlia Musa pada hari pernikahan – “M.Nasir ialah cinta pertama saya” ARKIB : 03/09/2000 www.utusan.com.my WANG dinar emas menjadi mas kahwin M. Nasir kepada Marlia. Mulai tahun depan mereka bukan saja akan menyambut hari itu sebagai Hari Kebangsaan tetapi juga hari ulang tahun perkahwinan mereka. “Ia adalah satu tarikh yang senang diingat,” seloroh Marlia apabila ditanya kenapa mereka memilih tarikh itu. Tetapi artis berusia 33 tahun itu kemudian menambah, mereka memilih tarikh 31 Ogos kerana kesesuaian masanya. Kisah cinta M.Nasir, 43, dan Marlia hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu, dan mereka kemudian memilih untuk bersama sebagai suami isteri. Ini merupakan perkahwinan kedua M.Nasir selepas kematian isterinya Junainah Johari, manakala Marlia menamatkan zaman gadisnya. Majlis akad nikah pasangan itu diadakan di rumah Marlia di Subang Jaya pada hari Khamis lalu ketika selur...

Wakil / Dealer GCP rangkaian Emasmaster Seluruh Malaysia

ADMIN EMAS MASTER ------------ MOHAMAD ZAKI BIN ABDUL HAMID  (ad1689) Sebarang pertanyaan sila pm atau sms/call 017-575 0810 email : admin@emasmaster.com *Lokasi Penajaan Seluruh Malaysia ---------------------------- DEALER RANGKAIAN EMASMASTER KEDAH ----------- ad2118 ADILLA BT ZAINUDIN Jitra, Kangar, Alor Setar 012- 4506763 ----------- ad1865 Zaharin binti zabidi alor setar 0194159910 ----------- ad1950 Elieza Hanum Bt Md Taha Jitra 012-4070004 ----------- ad2067 MOHAMAD ALI BIN MAT ISA JITRA / ALOR SETAR 017-5699141 ----------- ad2068 Mohd Muazam Bin Mohd Shah Kulim 012-9768215 ----------- ad1896 Abd. Razak Bin Yaakob Kulim/Pendang/Pokok Sena 0194470864/0194470732 ----------- ad1737 zuraini binti abdullah kota kuala muda 60194717812 ----------- (AGEN DIPERLUKAN)   PULAU PINANG ----------- ad2020 Abu Kashaf Bin Abu Bakar Permatang Pauh, Seberang Jaya, Perai 012-4095620 ----------- (AGEN DIPERLUKAN) JOHOR (AGEN DIPERLUKAN SEGERA) ...

Komen Perbezaan Belian jualan GCP dan PG (Public Gold)

*edited by admin (HURUF BESAR BKN MARAH YER.. TP nk bg beza jer..) cuba lihat dari peratusan dan individu yang sama.. ini tak. kalau kira harga PG, nak ikut harga biasa.. kalau kira harga GCP, nak kira diskaun sbg dealer.. macam tak adil lak.. (DISKAUN DARI DEALER BKN DISKAUN SEBAGAI DEALER) (DISKAUN SBG DEALER GCP -8% DARI HARGA WEB, PG IKUT TARAF DEALER.. MCM TUAN CKP 1% (dealer) / 1.5% (priority dealer) / 2% (master dealer) so orang lama lebih untung.. sbb dh jd master dan sesuai dengan ilmu dan pengalaman mereka memberi bimbingan kepada dealer baru *itupun jika dapat upline yg bagus) meh kita amik 2 situasi yang berbeza tapi syarat yang sama. 1 individu beli 10g dari GCP n PG. kita lihat pro n kon :-     harga beli n harga jual (28/10/2011)     GCP - (beli) 2000    (jual) 1700    = beli tinggi, jual rendah dari PG *INI BELIAN CUSTOMER TANPA DISKAUN DARI DEALER GCP. TETAPI BIASANYA AKAN DIBERI DISKAUN KERANA DEALER HANY...